Zaman Paleolitik
1. Ahli sejarah berpendapat Zaman Paleolitik meliputi tempoh masa 200 000 tahun hingga
300,000 tahun dahulu
2. Ciri-ciri masyarakat Zaman Paleolitik adalah seperti berikut:
Lokasi
I. Kota Tampan, Perak
ii Bukit Jawa, Perak
iii Bukit Bunuh, Lenggong, Perak
iv Gua Niah, Sarawak
v Tingkayu, Sabah
Ciri-ciri penempatan dan masyarakat
i. Hidup berpindah randah atau nomad
ii.Tinggal di gua dan sekitar kawasan tasik
Kegiatan utama
i. Memburu binatang
ii.Memunggut hasil hutan seperti buah-buahan
iii.Mengamalkan cara hidup sara diri
Peralatan
i.Menggunakan alat batu untuk menumbuk, memburu dan mempertahankan diri dalam
kehidupan seharian
Kepercayaan
i. Mengamalkan kepercayaan animisme
ii Mengamalkan upacara perkuburan
Ahad, 20 Mei 2012
Bab 1
Nota Sejarah Tingkatan 1 (Bab 1)
Tujuan Dan Faedah Mempelajari Sejarah
- Membuat penilaian mengenai sesuatu peristiwa
- Mengetahui kepentingan sesuatu peristiwa
- Mengetahui sebab dan akibat sesuatu peristiwa
- Memberi semangat agar berusaha
bersungguh-sungguh untuk mengulangi keagungan
negara seperti pada Zaman Kegemilangan Melayu Melaka
- Sentiasa beringat dan berwaspada supaya sesuatu peristiwa yang tidak diingini tidak akan berulang
- Memupuk semangatpatriotisme iaitu perasaan cintakan tanah air
- Membantu mwmbuat ramalan pada masa hadapan iaitu tentang sesuatu peristiwa
- Semangat cinta yang menebal dan sanggup berkorban untuk mempertahankan negara
Selasa, 15 Mei 2012
Nota Ciri-ciri Sejarah
Fakta yang tepat dan benar
- Fakta atau maklumat sejarah bermaksud peristiwa tempat dan tarikh yang dapat dibuktikan kebenarannya berdasarkan sumber yang sahih
- Fakta sejarah tidak boleh direka dan tokok tambah
- Fakta sejarah juga perlu dipertangungjawabkan dari segi sumber dan kesahihannya.
Contohnya
Penemuan arkeologi Kota Tampan, Perak membuktikan penempatan awal di negara kita bermula sejak 35,000 tahun dahulu
Pengisytiharan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2001
- Mengingati tarikh lahir, tarikh sambutan hari kebangsaan
hari guru dan segala kejadian berkaitan dengannya adalah adalah sebahagian daripada sejarah - Setiap orang akan sentiasa mengingati tarikh kelahirannya kerana ia amat masyarakat dan negara
- Kad pintar amat bermakna kepada kita kerana kad tersebut mengandungi maklumat pengenalan diri, lessen memandu, jenis darah, jenis penyakit yang dihidapi dan sebagainya
- Tarikh lahir, tarikh perkahwinan seseorang atau tarikh kematian seseorang yang rapat dengan kita adalah tarikh yang amat bermakna kepada seseorang
- Kad akuan Nikah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam juga mengandungi maklumat penting tentang perkahwinan seseorang Majlis seperti Sambutan Hari Guru, Sambutan Hari Pekerja adalah untuk menghargai guru dan pekerja
- Sejarah juga
menjelaskan mengapa sesuatu peristiwa itu berlaku dan kesan daripada
peristiwa atau sebab dan akibat Pengkaji sejarah perlu mengkaji perkara
di bawah untuk mengetahui sebab dan akibat sesuatu peristiwa
a. apa
b. siapa
c. bila
d. di mana
e. mengapa
f. bagaimana peristiwa itu berlaku
Sebagai contoh: Kemasukan kaum imigran Cina dan India ke Tanah Melayu semasa zaman penjajahan British telah mewujudkan masyarakat majmuk di negara ini yang mempunyai budaya dan amalan sendiri
Langgan:
Ulasan (Atom)